Sunday, 2 December 2012

CITA RASA MALAYSIA




                    

                    



                         MAKANAN DI MALAYSIA

Kepelbagaian Makanan Setiap Kaum
Malaysia merupakan salah satu Negara yang mempunyai berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah melayu, cina dan india. Sebagai Negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum melayu, cina dan india Berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan malaysia’. Kaum melayu, cina dan india di Malaysia sentiasa kreatif berganding bahu mereka masakan baru dengan mengabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mee mamak, nasi lemak dan sebagainya. Namun begitu, setiap kaum masih mempunyai budaya makanan meraka tersendiri
.
Kumpulan etnik yang terbesar di Malaysia ialah kaum melayu. Masyarakat melayu mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Bagi orang melayu pelbagai lauk pauk yang di hidangkan tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang melayu amnya. Nasi biasanya dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan ulam-ulaman. Bahan masakan orang melayu biasanya berkisar kepada cili, santan dan belacan. Hidangan orang melayu bukan sahaja terkenal dari keenakkannya tetapi juga dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.
Nasi lemak merupakan sajian utama dan menjadi kegemaran bagi orang melayu. Nasi lemak dahulunya hanya menjadi hidangan untuk sarapan pagi bagi orang melayu tetapi pada masa kini ianya turut dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Menu ini patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia kerana ianya bukan sahaja menjadi kegemaran orang melayu malah turut di pelopori oleh kaum cina dan india. Nasi lemak akan dihidangkan bersama telur, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng. Orang melayu lazimnya gemar menakmati juadah ini di warung ataupun gerai-gerai pada waktu sarapan pagi.

Selain itu, orang melayu juga terkenal dengan nasi tomato berserta lauk pauknya yang dihidangkan pada musim perayaan seperti pada hari lebaran, kenduri-kendara dan sebagainya. Nasi tomato akan di hidangkan bersama dalca, pecal, ayam masak merah dan lain-lain. Dalam budaya masyarakat melayu juga terdapat perbezaan juadah di antara negeri misalnya, negeri di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan terkenal dengan nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Bagi orang negeri Sembilan pula, juadah yang menjadi kebanggaan mereka ialah gulai lemak cili padi.
Di samping itu, ketupat juga menjadi satu budaya dan menjadi tradisi dalam masyarakat melayu. Ketupat merupakan beras yang di masak di dalam daun kelapa. Juadah ini biasanya dihidangkan pada musim perayaan iaitu pada hari raya aidilfitri. Ketupat sering dihidangkan bersama kuah lodeh, rendang, sambal sate dan juga pelbagai juadah lain. Kebiasaanya juadah ini akn dinikmati pada pagi syawal. Juadah ini telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu untuk menyambut perayaan tersebut. Jika tiada hidangan ini maka tidak lengkaplah lebaran yang diraikan.

Orang melayu juga amat terkenal dengan pelbagi jenis manisan yang terdiri daripada kuih muih. Kebanyakkan kuih muih orang melayu adalah berasaskan beras pulut, beras dan juga ubi. Antara contoh kuih muih yang popular ialah kuih seri muka di mana ianya diperbuat daripada pulut dan kastard pandan, pulut panggang iaitu pulut berisi serunding kelapa, bengkang ubi, cucur badak, kuih lapis dan sebagainya. Kuih muih ini sering di hidangkan ketika majlis keduri kendara di adakan sebagai sajian pencuci mulut. Manisan yang menjadi tradisi bagi orang melayu pula ialah wajek, dodol, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan ramadhan dan lebaran. Selain itu, ianya turut di hidangkan ketika mengadakan majlis-majlis seperti majlis perkahwinan dan juga kenduri-kendara.

Satu lagi makanan yang menjadi kebanggaan orang melayu di pulau pinang ialah nasi kandar. Nasi kandar merupakan sajian yang paling popular di negeri tersebut. Namum begitu, populariti nasi kandar kini telah menular ke negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Nasi kandar merupakan sajian yang paling popular di negeri tersebut. Namun begitu, populariti nasi kandar kini telah menular ke negeri- negeri lain di semenanjung. Nasi kandar lazimnya dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk contohnya, ayam goreng berempah, kari kepala ikan, udang galah goreng dan sebagainya.nasi kandar mendapat nama adalah berlandaskan cara penjaja menjual nasi tersebut. Nasi kandar telah dijual dengan di kandar di bahu dengan menggunakan dua bakul yang di letakkan pada sebatang kayu dan akan di jaja ke serata kampung.

Sehubungan dengan itu, dalam masyarakat budaya cina juga terdapat budaya makanan mereka yang tersendiri. Bila bercerita tentang makanan, orang cina lazimnya sering dikaitkan dengan kuih bulan. Kuih bulan merupakan makanan tradisi bagi masyarakat mereka. Kuih bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan pada waktu perayaan pertengahan musim luruh.kuih bulan di hasilkan daripada adunan yang manis dan mempunyai inti yang diperbuat daripada biji buah teratai atau kacang merah atau dengan telur kuning masin di tengah-tengahnya. Kuih bulan juga turut di hidangkan semasa musim perayaan mereka iaitu pada tahun baru cina. Kuih bulan ini sangat popular dalam budaya masyarakat cina dan menjadi tradisi dalam hidup mereka. Selain itu, kaum cina juga mempunyai makanan yang bernama Ding Bian iaitu merupakan sejenis makanan orang Foochow. Masyarakat cina menjadikan makanan ini sebagai gentian kepada bubur nasi dan ia di kenali sebagai ‘bubur kulat’. Makanan ini biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Kaum meraka percaya bahawa bubur ini mempunyai khasiat yang tersendiri iaitu dapat membuang panas di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

Seperti kaum cina, kaum india juga mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Kaum india lebih dominan kepada roti canai atau pratha. Makanan ini bukan sahaja di gemari oleh kaum india malah turut di gemari oleh kaum lain khususnya kaum melayu. Makanan ini biasanya menjadi hidangan sarapan pada waktu pagi. Buat masa kini, roti canai telah Berjaya meletakkan tarafnya standing dengan nasi lemak yang di minati oleeh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Masyarakat india juga mempunyai kuih muih yang tersendiri. Antara kuih muih mereka ialah wade, maruku dan suji. Maruku merupakan kuih tradisi bagi masyarakat india. Maruku ini lazimnya di hidangkan pada hari perayaan mereka iaitu pada perayaan deepavali. Maruku adalah sejenis makanan yanr diperbuat daripada tepung yang dicampurkan dengan rempah dan kari. Namun begitu, kuih tradisi ini turut digemari oleh kaum lain terutamanya melayu.
Kesimpulannya, masyarakat Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menjadi tradisi dan kebanggaan dalam kaum mereka. Daripada hasil toleransi dan kerjasama masyarakat yang pelbagai telah menghasilkan negara yang aman dan mempunyai budaya serta adat yang pelbagai dan boleh diaplikasikan bersama. Sehubungan dengan itu, kita haruslah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menanamkan rasa cinta terhadap tanah air kita.




                       

                                            

                  




         

               


Snek Sihat untuk Si Manja Aktif
Kanak-kanak sekolah memerlukan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk terus aktif. Otak mereka memerlukan tenaga untuk pembelajaran aktif dan badan mereka juga memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan si manja anda mengambil tiga sajian utama pada masa yang sama setiap hari. Kanak-kanak biasanya makan sedikit kerana selera makan yang kecil. Sebab itu, kanak-kanak juga memerlukan snek tambahan yang berkhasiat antara waktu makan utama.

Pengambilan snek yang sihat bukan sahaja merupakan cara yang baik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien si manja, tetapi juga:

  • Berfaedah apabila si manja makan hanya sedikit pada waktu makan utama,
  • Menghindarkan kelaparan,
  • Memastikan si manja mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian.
Peraturan Memberi Snek
Snek yang sihat dan berkhasiat tidak seharusnya menambah pengambilan kalori secara berlebihan. Untuk memastikannya, ingatlah peraturan-peraturan berikut:

  • Snek hendaklah seimbang. Sediakan snek yang terdiri daripada satu atau dua daripada lima kumpulan makanan utama, atau kombinasi makanan daripada lima kumpulan.
  • Sediakan snek sihat dalam saiz hidangan yang sesuai.
  • Elakkan memberi snek terlalu hampir dengan waktu makan (sekurang-kurang jarak dua jam) kerana ini boleh menjejaskan selera si manja pada waktu makan utama.
  • Snek seharusnya melengkapkan, bukan mengganti sajian makanan utama.
Amalkan Snek Sihat Sejak Kecil
Anda patut menyemaikan tabiat makan snek sihat kepada anak anda sejak kecil, supaya tabiat ini diamalkan sehingga dewasa.

  • Jangan benarkan si manja makan snek di depan TV atau komputer, atau apabila bermain permainan video, kerana ini boleh menyebabkan si manja makan berlebihan tanpa disedari.
  • Sentiasa bekalkan snek sihat dan berkhasiat untuk dimakan pada waktu rehat di sekolah, atau apabila si manja menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah (Petang atau pagi bergantung kepada waktu persekolahan).
  • Tunjukkan tauladan yang baik dengan memilih snek lebih sihat di hadapan si manja.


Berikut adalah beberapa contoh snek sihat untuk dimakan di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja!

  • Sandwic telur/tuna/keju dibuat daripada roti bijian penuh
  • Bijirin sarapan
  • Pau kacang merah atau apam kukus
  • Jagung dalam cawan (jangan tambah mentega atau garam)
  • Kentang bakar dihidangkan dengan sedikit daging
  • Biskut tawar disapu keju atau tuna
  • Lempeng atau mufin ditambah buah-buahan
  • Buah-buahan dan susu segar
  • Susu kacang soya atau taufu fah


Elakkan snek dengan kandungan lemak, gula, garam, dan perisa yang tinggi. Ini termasuk makanan yang digoreng (seperti kerepek/keropok, kentang goreng), snek manis (seperti donat, kek, biskut manis) dan juga makanan diproses (seperti sosej, nuget). Sebaliknya, terdapat banyak pilihan lebih sihat yang anda boleh sediakan untuk si manja pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Anda boleh mulakan dengan membekalkan si manja snek sihat untuk dibawa ke sekolah esok! Semaikan tabiat ini sejak kecil, supaya si manja anda boleh terus mengamalkan tabiat makan yang sihat apabila berada di mana-mana sahaja, bukan hanya di rumah!














MAKAN MENGIKUT KEPERLUAN


                 

Aras Kumpulan Makanan
Nilai Khasiat
Cadangan Pemakanan
Contoh Satu(1) Sajian
Aras 1:
Bijirin, produk bijirin dan ubi
  • Sumber karbohidrat kompleks yang baik
  • Membekalkan vitamin, mineral, serat dan protein
  • Rendah lemak
8 - 12 sajian
  • 1/2 cawan nasi (putih atau perang)
  • 1/2cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1/2 keping capati
  • 1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi
Aras 2:
Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Sumber vitamin, mineral dan serat yang baik
3 - 5 sajian
Sayur-sayuran:
  • 1/2cawan sayur berdaun hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • 1/2 cawan sayur buah/berakar (dimasak)
Buah-buahan:
  • 1/2 cawan jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Aras 3:
Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim)
 
Ikan, ayam, daging dan kekacang
  • Sumber kalsium yang baik
  • Sumber protein yang penting
  • Sumber protein yang baik
  • Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink
  • Kekacang juga kaya dengan magnesium dan serat
 
1 - 2 sajian
 
 
 
 
2 - 3 sajian
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembong saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan kacang kering/kekacang
Aras 4:
Lemak, minyak, gula dan garam
  • Lemak dan minyak mengandungi asid lemak (EFAs) dan vitamin A, D, E dan K
  • Gula (Contoh: madu, gula pasir, sirap, gula perang dan glukosa) memberi kalori yang sedikit atau tiada zat
Jumlah sedikit
 


Makanan di bawah ini diutamakan kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang penting untuk kesihatan.
irinBeras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan produk masing-masing adalah sumber tenaga dan protein yang bagus. Produk bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi, fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin) dan gentian.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dan kailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai. Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren, mangga atau belimbing. Untuk mendapat asid folik, makanlah sayuran hijau, kacang pea, kacang bendi dan jagung manis.