Wednesday 28 November 2012

SEMARAKAN CUTI-CUTI MALAYSIA...


PAKEJ PERCUTIAN KE KUCHING (SHOPPING TOUR PACKAGE) (4HARI3MALAM) HANYA RM650 SAHAJA
Sarawak Culture
Sarawak Culture
HARI PERTAMA:Pemandu pelancong akan menjemput anda di Lapangan Terbang Kuching. Pemandu pelancong akan membawa anda menikmati makan malam anda sebelum membawa anda ke hotel untuk mendaftar masuk. (termasuk makan malam)
HARI KEDUA:Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke KAMPUNG BUDAYA SARAWAK yang juga dikenali sebagai “MUZIUM HIDUP” dimana terdapat 7 jenis rumah yang terdiri daripada kaum utama di Sarawak.
Kemudian para pelancong akan dihiburkan dengan persembahan pelbagai kaum selama 45min oleh penduduk di Kampung Budaya ini. Selepas makan tengahari, destinasi selanjutnya adalah ke pusat Semenggoh Orang Utan untuk melihat sendiri orang utan yang hidup bebas dihutan dan akan kembali ke Pusat Penjagaan ini untuk diberi makan oleh petugas-petugas pusat ini.  Kemudian anda akan dibawa melancong Kilang Pasu Sarawak untuk melihat sendiri bagaimana pasu-pasu Sarawak dibuat.
Panorama di Kuching
Panorama di Kuching
Kemudian, pemandu pelancong akan membawa anda untuk makan malam sebelum anda di hantar pulang ke hotel untuk beristirehat. ( makan pagi,tengah hari & makan malam)
HARI KETIGA:Pada jam 0900 pagi, anda akan ke  SERIKIN. Perjalanan ke Serikin akan mengambil masa 1Jam30Minit .  Di Serikin ini anda dapat melihat pelbagai jenis kraftangan, cenderahati yang dibuat sendiri oleh penduduk setempat dijual dengan harga yang berpatutan.  Selepas itu, anda akan dibawa untuk makan tengahari sebelum melanjutkan lawatan anda ke Pasar Tamu Satok .
Kemudian, anda akan melawat Kampung Melayu untuk melihat sendiri bagaimana Kek Lapis Sarawak dibuat . Sebelum pulang ke hotel penginapan, pemandu pelancong akan membawa anda ke restoran berdekatan untuk menikmati makan malam anda. (makan pagi,tengah hari & makan malam)
HARI KEEMPAT:Pada jam 0900 pagi selepas anda selesai mendaftar keluar dari hotel,  anda akan  bersiar-siar di sekitar Bandar Kuching. Antara tempat-tempat yang akan dilawati adalah seperti berikut: Kuil Cina, Astana, Bangunan Pentadbiran Sarawak, City Tower, Muzium Sarawak, Muzium Kuching, Bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara,Tugu Kuching, Waterfront Kuching, Main Bazaar, Masjid Lama dan sebagainya.
Kemudian pemandu pelancong akan membawa anda ke kafe berdekatan untuk menikmati makan tengahari anda sebelum  menghantar anda ke Lapangan Terbang Kuching untuk penerbangan pulang.
Pakej ini termasuk:Bayaran Makanan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan, Bayaran masuk ke tempat yang dilawati, bayaran pemandu pelancong, bayaran hotel. Pakej ini tidak termasuk:Tiket penerbangan pergi dan balik, perbelanjaan sendiri, tambahan untuk penginapan dan kenaikan harga bilik pada musim cuti sekolah atau cuti am dan duit tip pada pemandu pelancong (rm10 seorang sehari).

No comments:

Post a Comment