Monday 10 December 2012


Perkembangan Kreativiti

Perkembangan kreativti merangkumi seni visual, pendidikan muzikserta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan prosesdaripada produk. Kanak-kanak ini diberi peluang untuk menzahirkanidea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif danapreasiasi. 
Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal danmemilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apreasiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan jugamenunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.
 Pendidikan muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahanatau objek improvisasi, dan apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dangerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan,berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif. 
Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.
Contohnya membuat kraf dari pelbagai bahan seperti kertas, botol plastik, tanah liat, dan sebagainya . Disamping itu boleh guru menyediakan lagu-lagu yang berkaitan dengan aktiviti hari itu. 



                                            
  













No comments:

Post a Comment