KONSEP, MATLAMAT, DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK
KONSEP
Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama.
MATLAMAT
Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif.
OBJEKTIF
- Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu.
- Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan.
- Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan.
- Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. ( Thorpe and Bunker, 1882 )
( ‘Much of the pleasure involved in games playing lies in making correct decisions in the light of tactical awareness’ (Bunker and Thorpe , 1982 ).
- Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya dalam situasi permainan. Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan situasi permainan – terserlah melalui permainan.
- Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina kemahiran dan teknik.
- Memberi peluang kepada semua murid selain dari mengukur keupayaan fizikal, berperanan utama dalam permainan, sayugia menjana jati diri
( self-esteem ) dan keperluan diri ( personal fulfillment ).
- Murid-murid digalakkan bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing – memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan untuk semua.
KEPENTINGAN PERMAINAN KANAK-KANAK
KEPENTINGAN
Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid.
Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dangame sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut.
Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana permainan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang memudahkan guru menjalankan pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan murid-murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan pelaksanaan permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Permainan adalah penting di sekolah rendah dan kanak-kanak berminat terhadapnya terutama aktiviti yang melibatkan pergerakan.
Permainan membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:
- membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.
- membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.
- meningkatkan keyakinan diri.
- meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.
- memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.
- sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.
- mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainan.
- sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.
- sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.
- meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.
Pembangunan Kemahiran Motor
- membangunkan kemahiran lokomotor
- membangunkan kemahiran bukan lokomotor
- membangunkan kemahiran pengawalan bola
- membangunkan kecergasan fizikal
Pembangunan Kognitif
- meningkatkan keupayaan mematuhi arahan
- menolong dalam pemahaman peraturan
- menggalakkan kreativiti dan imaginasi
- menambah perbendaharaan kata kanak-kanak
Pembangunan Afektif-sosial
- mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial
- menggalakkan keadilan
- menggalakkan mematuhi peraturan-peratuan
- membangunkan semangat kesukanan yang baik
- membangunkan kualiti kepimpinan
- membangunkan semagat bekerjasama
CIRI-CIRI
- Memberi Pembelajaran yang Lebih Sempurna
- Mempraktikkan Ansur Maju
- Menimba Pengalaman Bermain Secara Berpasukan
- Pengalaman Bertanding
- Sebahagaian daripada Kurikulum
- Memupuk Kecergasan Fizikal
KEBAIKAN
- Jenis permainan ini tidak kompleks
- Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan
- Membawa keseronokan,memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta
- Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam imaginasi
- Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat
- Memerlukan sedikit atau tanpa alatan
- Senang ditadbir dan peraturannya sedikit
14 jenis permainan zaman kecik-kecik
1. Main baling selipar
Dulu kecik-kecik mainan nie paling famous. Sape baling boleh jatuhkan semua selipar memang dah kira hebat lah tu. Mangsa adalah selipar jepun yang keras. Yang ringan-ringan tak layan sebab kalau baling melayang dah rugi mata nanti.

2. Main baling Tin
Kalau nak main mainan nie, nanti semua dok mencari-cari tin yang boleh dibuat benteng. Lepas main simpan balik tin nya sebab esok lusa nak guna lagi.
Kalau nak main mainan nie, nanti semua dok mencari-cari tin yang boleh dibuat benteng. Lepas main simpan balik tin nya sebab esok lusa nak guna lagi.

3. Polis sentry
kalau kami dulu kecik-kecik tak panggil polis sentry tapi kami panggil main “jadi-jadi”. Lucu kan? Sapa yang jadi kena kejar orang cuit lepas tu duduk mencangkung kalau tak nak jadi. main lah kejar-kejar sampai kene cuit orang lain. HAHA

4. Main lompat getah
Yang nie pon pemes gak. Paling best kalau satu geng dengan member. Dia teror main getah boleh lepas sampai ke kepala. Sekarang kalau suruh main memang kalah sebab perot dah boroi tak boleh dah nak lompat-lompat kang tersangkut kat perot. HAHA

5. Galah panjang
Yang nie pon best. Kalau main reramai lagi best lah kompom suara kawan-kawan menjerit bagi arahan. Kejap lagi ada yang mengagah-agah lawan sebab nak lepas ke next station. hehe. Kalau salah sorang buat spoil nanti semua geng salahkan dia. Terpaksa bagi chance kat pihak lawan. hehe

6. Main guli
Dulu kat rumah nie rasa dah macam rumah guli. Penuh dengan guli berwarna-warni dan bermacam pasen. Asal ada keluaran baru admin mesti beli. Ada macam-macam saiz plak tu.
Dulu kat rumah nie rasa dah macam rumah guli. Penuh dengan guli berwarna-warni dan bermacam pasen. Asal ada keluaran baru admin mesti beli. Ada macam-macam saiz plak tu.

7. Main gasing
Yang nie admin pernah jugak lah main . Sampai kan dalam rumah pon dok main gasing. Siap tu gasing berpusing atas tapak tangan. hebat betol!
Yang nie admin pernah jugak lah main . Sampai kan dalam rumah pon dok main gasing. Siap tu gasing berpusing atas tapak tangan. hebat betol!
8. Main datuk harimau
Kalau main mainan datuk harimau yang jadi ketua mesti badan besar sebab senang nak jaga anak buah kat belakang dari di makan datuk harimau.
Kalau main mainan datuk harimau yang jadi ketua mesti badan besar sebab senang nak jaga anak buah kat belakang dari di makan datuk harimau.

9. Main layang-layang
Tang mainan nie memang ikut musim angin. Biasa port kami kat atas bukit masjid. Sorang sampai ada 2-3 layang-layang. Kang kalau sangkut atau terputus ganti layang-layang baru. Layang-layang masa tu pon tak macam layang-layang zaman sekarang dah macam-macam rupa ada. Dulu balik-balik kartun otromen and dinasor jer yang ada. HAHA

10. Batu seremban
Biasa mainan nie main berdua atau bertiga jer sebab kalau main reramai nak tunggu turn memang lama.
Biasa mainan nie main berdua atau bertiga jer sebab kalau main reramai nak tunggu turn memang lama.

11. Main ceper
Korang tau kan mainan apa tu? Ke ada yang tak tahu? Biasa budak-budak akan masuk kedai makan lepas tu mintak pungut penutup botol coca-cola. Sebab penutup botol tu nanti di ketuk dan dibuat main ceper.

12. Main nyorok-nyorok
Mainan nie biasa kena had kan besar kawasannya supaya orang yang jadi tu tak susah nak mencari orang yang menyorok. Kelakar betol ingat lagi dulu admin main nyorok-nyorok sampai masuk rumah orang sebab nak menyorok. Tapi kantoi jugak. HAHA

13. Main kereta control / kereta tamiya
Yang nie ada pernah musim. Lama juga kalau datang musim kereta control dan kalau nak tunggu musim nie pon lama. Mainan nie biasa memang perlukan kos yang tinggi sikit sebab kereta control time tu tak semua orang mampu beli. Tapi masa tu mahal-mahal pon dalam rm10 jer.

14. Main teng-teng
Permainan nie jannah rasa paling pemes. Semua orang pernah main kan?? dulu zaman kecik-kecik kalau main mainan nie mesti nak pilih sape paling teror jadi geng. Kan? kan?
Permainan nie jannah rasa paling pemes. Semua orang pernah main kan?? dulu zaman kecik-kecik kalau main mainan nie mesti nak pilih sape paling teror jadi geng. Kan? kan?
Rakan guru sekelian, bolehlah mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran tahun 2013 dengan pembelajaran di luar bilik darjah yang akhirnya menjanjikan keseronokkan kepada murid-murid seterusnya memupuk minat untuk terus rajin ke sekolah.
No comments:
Post a Comment